Monday, November 2, 2009

Tengok Baby Nissa

Hari jumaat 30hb Oktober pergi tengok Baby Boy Nissa....kalau tak silap namanya
Muhammad Rafique Naufal
Lahir pada hari rabu 28hb Oktober 2009. Malas nak citer panjang2..jom layan gambar aje le.






Friday, October 30, 2009

Jom Jamu Selera

Setelah tengok baby Afiq...kita orang singgahlah kt Tasek TTwangsa makan laksa...sedappp




Setelah selesai makan kitaorang pun posing2 la kt tepi tasek tu....

layan gambar je lahhh


Thursday, July 23, 2009

Perkahwinan Era 90-an

Kau mesti x pernah gambar mase aku kawen dulu...yalah mana nk tengok nyer...aku baru rapat dengan kau org pun tahun 2007...kt cni x ada apa pn nk citer..cuma kalau kau orang nk tau..muka pengantin aku tu..aku makeup seniri..ciann aku..jaman aku kawen tu..bapa aku ni x suka macam2..tp hati aku pn nak merasa cam org lain gak

Dari baju pengantin...hingga pelamin..termasuklah makeup..aku uruskan seniri...mak aku?..mestilah tolonggg
tolong gitu2 je..maklumla byk kerja lain dia nk buat. ckit je gambar aku muat turun kat cni..klu banyak2 pun..muka aku macam tu gak... kau orang tengok muka aku tu cantik tak..hasil tangan aku seniri..mase ni umur aku baru nak masuk 23...
Aku kawen pun tahun 1999.....sekarang aku dah ade 4 orang cahyamata.
Alhamdullillah dah 10 tahun berlalu...
Baru arini aku letak dlm blog...sebelum ni xde blog.
-----------------------------------


Kau orang layan gambar ajelah...


Ini plak aku bergambar dengan kawan dan adik aku serta kwn2 hubby aku...

Sapa2 yg tengok muka aku tu..janganlah komplen x cantikkk sebab bukan mak andam yg make up muka aku tu. Byk peristiwa lucu mase nk siapkan diri aku tu...tp biarlah jadi kenangan aku seniri ( ^_ ^).

..............................

Friday, June 12, 2009

Besday Girl

Sebenarnya 5hb June hari ulang tahun Aliesa ke 7 sama dengan anak kakak aku Uzair yg ke 11. Hubby aku memang beli kek untuk diraikan sendiri oleh 2 keluarga kita ni..snap gambar dgn handphone je..tapi almaklum ler..mase tu terlupa nak bw kamera. so...x der la gambo keknya.
Janji dgn besday girl nak bawa jalan2 ...petang sabtu 6.6.09 pergi la tmpt permainan kat Giant Kelana Jaya je...layan la kejap anak2 ..yg kecik dah x selesa..merengek


Layan gambar je la..

Setelah penat bermain...perut masing2 dah lapar..jom serbu medan selera..inilah menu kegemaran semua anak2 aku.

Thursday, June 11, 2009

Hubby Besday

Hari ni ..11hb Jun hari ulang tahun hubby aku yg ke 38...epi besday my dear

cepat masa berlalu..sedar x sedar dah 10 tahun aku berumahtangga dan menyambut hari ulang tahun hubby aku..kali ni..xde kek sbb dah makan masa besday girl minggu lepas. Nak makan kek tiap2 minggu, jemu lakk. Kali ni aku bagi present "Baju" kat my hubby.


Kali ni aku buat surprise..pagi2 masa aku nk pergi kerja, aku letakkan present tu dalam kreta dia..itupn pakat2 dgn anak aku along. Mungkin mase dia tengok dan baca kad yg aku bagi..dia terus mesej kat aku say thank you..


Hari ni juga..Genaplah Aqil Danial 4 bulan....sekarang ni dia dah pandai main2 kaki nak masuk mulut..klu pakai stokin habis basah..orang cakap main2 kaki nak minta adik lagi..tengok la nanti kalau masih ada rezeki..tp bukan sekarang la..hahaha
Masa aku update blog aku ni...aku terlupa bawa kamera nk download gambar..so nanti, aku letak la gambo bila2 aku rasa nak letak ya. Tunggguuuuu.

Tuesday, June 2, 2009

Yeye balik PJ...

Sabtu aku balik Klang ada Kenduri Tahlil...tido satu malam je..pastu petang ahad nak balik pj.... saje je sebelum balik dalam perjalanan singgah jap tengok rumah aku di Bukit Raja...itupun nak pujuk Adam yg xnak balik ...mana boleh aku tinggalkan Adam kt rumah makneknye..diakan kecik lagi..cuma along gan kakak tinggal itupun selasa atau rabu aku amiklerrrrr
Inilah dia rumah aku kat Bukit Raja CASA VISTA....rumah dah siap tapi bila nak duduk kat sini....x tau le..anak2, hubby kerja kat PJ aku lak kerja kat Bangsar..dah masuk key el la tu..
Ciann Aqil aku letak kat 6 sebelah ni bukan aper.....dah penat pangku..tunggu babah nyer gi beli makanan kat pasar mlm Tmn Dato' Harun

sukanyer dia ...diacah2

ni plak Adam yang xda teman bermain..tetap ceria dan buat lawak sorang2,....almaklumla..Along & Kakak nyer nak dok Klang rumah makneknye..cuti sekolah ramai sepupu sepapat tinggal kat situ.

Sampai rumah dah penat ..timang2 main2 ngan Aqil



Suasana Kenduri...

Hari sabtu 30hb malam ahad nak buat Kenduri Tahlil untuk arwah adik ipar aku ...adik suami aku ler..tapi bila dah siap masak semua..tetiba je nak buat marhaban untuk anak aku Aqil...mulanya aku xnak..sebab xready, last2 ikut je apa nak buat..gambonya x sempat nk snap..bateri dah abisss..
Aliesa yg sudah kekenyangan selepas kenduri ...
siap berposing lagi ..ni separuh dari anak saudara sebelah suami aku...

sebahagian dari bahan2 yg akan dimasak...semua tu dibuat oleh anak2 saudara. Tak payah susah2 ajak jiran tetangga...anak saudara ramai al-maklum ler...semuanya dah besar2 belaka.
Bunga telur untuk Marhaban....
Juadah untuk yang datang pada malam Majlis Tahlil ......siap dengan nasi berkat yg dah siap dibungkus untuk dibawa balik oleh para jemputan.. inilah hasilnya setelah penat lelah untuk majlis tahlil arwah yang merangkap majlis cukur rambut Aqil...bukan aper saje je..Marhaban kata orang jawa..masa dalam pantang dulu dah buat cukur rambut dengan Tok Guru Nik Aziz, di Masjid Kg Pulau Melaka, Kota Bahru untuk dapat berkat...

Anak Mama Dah Pandai

Genap 3 bulan 1 minggu Aqil dah pandai meniarap sendiri...tanpa bantuan sesapa pun ..sukanya bila tengok anak dah pandai tahap pertama ni...jap lagi maju kedepan lak..eeee x sabar rasanya nak tunggu..Jom layan gambar kt bawah..












Wednesday, May 27, 2009

Syaitan Dalam Bilik

Salam Hormat, Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian belakang (dapur).

Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas. Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik ?. Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung.

Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil, berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil, cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri juga sama.

Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya sudah ada bilik air. Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat.

Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik. Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah.

'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini, orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur!

SENTIASA LAH TUTUP PINTU BILIK AIR ANDA… (dalam am erti kata lain agar syaitan2 tu tak berkeliaran dalam bilik tidur anda)……. ¦. Itu adalah yang terbaik…

Thursday, May 21, 2009

Hari Minggu

Seblum nak mulakan kemas rumah dan masak mesti tidokan Aqil dulu..

Masukkan dlm buai bukan ape..kalau dibiarkan kt bawah nanti Hero Kg Pisang tu angkat2 adik dia
Sedapnya tido....lena gitu

Masuk Kerja ...

Masa ni lepas balik kerja..rindu sgt ngan Aqil. Maklumla hari pertama kena tinggal

Hero Zombi Kg Pisang...hari2 dok tgok citer Zombi Kg Pisang. Tgah jaga adik la konon tu.........

Aqil 2 bulan..........

Wah...renungan antara Along & adiknya..mcm x jumpa seminggu

Dah waktu tido...tapi dia sempat nak main2 lagi..penatla mama mcm ni, esok mama nak kerja lg

Konvo Aliesa & Adam

Pertunjukan pertama dimulakn oleh Aiman Adam & pasangannya Atia

Nasib baik Adam kena pakai baju melayu...baju raya. Klu x terpaksa la beli..

Ini plak Aliesa ( kat tengah tu ..) tengah menyanyi...masuk bahagian tarian

Wednesday, May 20, 2009

HADIAH UNTUK AQIL

Hadiah untuk New Born

sebagian dari hadiah yg dpt... yg finance bagi ada gak..tp dalam kamera satu lg..tima kacih semua.
Haa..ini lah dari Kak Nab Nasi Kandar Komplek C kat Pj yang popular tu..

ini plak dari Cah kedai Syaiful Tomyam kawan baik Kak Nab

ini plak hadiah dari jiran2 & unit PD