Wednesday, March 24, 2010

Sleeping Cutie Contest

Kali ni aku masuk Sleeping Cutie Contest plak..sapa2 nak join boleh la klik sini




Saje je pilih gambar anak no 3 dan 4..
silalah tengok......




 Gambar ni diambil mase bercuti kat Langkawi last year..ciannn sikecik tu..sampai menguap2 nak tido..
mase ni umur Aqeel 2 bulan 2 minggu

Nama : Muhammad Aqil Danial Bin Mohd Noorsalam
Tarikh Lahir : 11 Februari 2009




Ni plak gambar anak no 3 aku...mase ni umur Adam baru 7 bulan...mase ni tido dalam buai.

Nama : Mohamad Aiman Adam Bin Mohd Noorsalam
Tarikh Lahir : 11 Februari 2005

lagu versi jawa+klate..

Bobok..nak Bobok..
Bobok Lena Lena..
Kalau Dah Bobok..
Mama Cayang Manja

ulang banyak kali pun xpe..smpai anak tido.................

Harap pihak penganjur..sudi2 tengok pictures 2...


Tuesday, March 23, 2010

FanTaGHiROLyNN CONTeST ~ AKSi TePuNG GOMAK Si MaNJA ~

 2nd time aku masuk contest ....ramai yg join ..aku pun cuba join sekali lagi...sapa2 nak join klik sini


Mlm tadi tiba 2 teringat ada contest Aksi Tepung Gomak SiManja..kebetulan malam tadi aku pun cari gambar2 lama sib baik ada..gambar main bedak..
Jadi hari ni aku pun join contest ni laa...

so.. tgok je la gambar kat bawah ni ya..
v
v
v
v
v
jeng..jeng jeng
v
v





Nama  Anak : Mohamad Aiman Adam Bin Mohd Noorsalam
Umur Masa ni :  3 Tahun 11 bulan


Harap puan penganjur sudi2 lah terima seadanya

Contest: You & Me - Love Forever

Hari ni adalah pertama kali aku join contest..saje nak cuba manala tau kot2 menang....



Sebenarnya aku suka letak gambar anak2 aku sbb masing2 sayang pada adik beradiknya. Gambar ni masa Aqeel 1 tahun dan yg lain2 tu masa suka2 berposing je...manakala hubby aku masa ni jaga Aqeel di Pusat Membeli belah di Giant...


 Harap pihak penganjur sudi sudilah terima penyertaan saat2 akhir ni ya. :)

Wednesday, March 10, 2010

Amalan Harian

Saje nk berkongsi ilmu yang ada sama2 kita amalkan semoga lebih mendapat pahala

1.Bismillahhirrahmannirrahim
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagfirrullah
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquataillahbillah
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Tuesday, March 9, 2010

Hadis, Falsafah @Tazkirah ( Part 2 )

Jika anda merasakan telah mencapai apa yang dicita2kan usahlah terus berpuas hati sebelum anda benar2 mencapai bintang.

Anugerah akan kecantikkan, kecerdasan, pengetahuan, kekuatan dan semuanya akan berubah menjadi derita dan musibah jika tidak diberkati ALLAH swt. Inilah peringatan Allah buat manusia yang lupa dan menjauhkan diri dari-Nya

Sesungguhnya Allah sentiasa mengingatkan manusia untuk kembali memohon perlindungan daripada-Nya sebagaimana firmanNya yang bermaksud : )

MAKA SEGERALAH KEMBALI KEPADA ALLAH SESUNGGUHNYA AKU HANYA SEORANG PEMBERI PERINGATAN YANG NYATA BAGI KAMU. JANGANLAH KAMU MENGADAKAN TUHAN YANG LAIN DISAMPING ALLAH. SESUNGGUHNYA AKU SEORANG PEMBERI PERINGATAN YANG NYATA BAGI KAMU ( surah Az Zariyat ayat 50-51 )

kembalilah kita memperbaharui jiwa yang kontang, kembali mengatur cara hidup, amalan dan jalinkan hubungan baik dengan Allah.

Peristiwa Yg Lepas Masih Dikenang...


Okey ke tajuk cam tu..belasah je la...janji ada menu baru.


sbnarnya byk lg peristiwa yg dah lepas masih terkenang2 tp malas nk update..tunggula hari rajin sedunia aku baru update..


21.2.2010 bulan lepas sambut besday Adam. Sambut kat rumah je...maklumla..baru balik dari kg.


Balik dari kg pagi sabtu..sampai kul 6 petang. Terus singgah makan di Saiful Tom Yam di PJ. Baru je duduk ujan lebat sangat....lps mkn trus balik rumah..masing2 dh penat.


Ahad tengahari cari kek untuk Adam saje suka suki sambut oleh anak beranak je...beli jajan untuk dipaket2 bg kawan2 Adam kt Taska.


Ni pulak jajan yg dibungkus untuk kawan2 Adam kat Taska. Sempena Ulang Tahun

MUHAMMAD AIMAN ADAM

yg ke 5 ( 21.2.2005 )

ni plak gambar Aqeel mase nk menjangkau 12 bulan pakai cap.

Tapi selepas je genap setahun...terus boleh jalan



Aqeel suka membuli abangnya..tengok tu..tengah nak ketuk along..

Cuba Teka Sapa Ni....:)




Saje nk hilangkan rasa ngantuk mata ni...so cuba teka siapa budak ni yg kat tengah2 ni....

semestinya budak nakal ni...suka sgt bergaya dgn baju & tudung kakaknya...

jangan ingat aku kemaruk nak anak perempuan..dia nih suka bergaya..blum lg tgok muka ditacak dgn makeup

...harap2 bila besar jadi seorang lelaki sejati...

Alaaa...saje je bebudak katakan...