Tuesday, March 9, 2010

Peristiwa Yg Lepas Masih Dikenang...


Okey ke tajuk cam tu..belasah je la...janji ada menu baru.


sbnarnya byk lg peristiwa yg dah lepas masih terkenang2 tp malas nk update..tunggula hari rajin sedunia aku baru update..


21.2.2010 bulan lepas sambut besday Adam. Sambut kat rumah je...maklumla..baru balik dari kg.


Balik dari kg pagi sabtu..sampai kul 6 petang. Terus singgah makan di Saiful Tom Yam di PJ. Baru je duduk ujan lebat sangat....lps mkn trus balik rumah..masing2 dh penat.


Ahad tengahari cari kek untuk Adam saje suka suki sambut oleh anak beranak je...beli jajan untuk dipaket2 bg kawan2 Adam kt Taska.


Ni pulak jajan yg dibungkus untuk kawan2 Adam kat Taska. Sempena Ulang Tahun

MUHAMMAD AIMAN ADAM

yg ke 5 ( 21.2.2005 )

ni plak gambar Aqeel mase nk menjangkau 12 bulan pakai cap.

Tapi selepas je genap setahun...terus boleh jalan



Aqeel suka membuli abangnya..tengok tu..tengah nak ketuk along..

Cuba Teka Sapa Ni....:)




Saje nk hilangkan rasa ngantuk mata ni...so cuba teka siapa budak ni yg kat tengah2 ni....

semestinya budak nakal ni...suka sgt bergaya dgn baju & tudung kakaknya...

jangan ingat aku kemaruk nak anak perempuan..dia nih suka bergaya..blum lg tgok muka ditacak dgn makeup

...harap2 bila besar jadi seorang lelaki sejati...

Alaaa...saje je bebudak katakan...


Wednesday, March 3, 2010

ALLAH SWT tu ADIL

Setiap manusia yang melakukan kesilapan hendaklah bertaubat & memohon keampuan daripada ALLAH swt. Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampuni dosa syirik dan DIA mengampuni segala dosa yang selain dari ( syirik ) itu. Bagi siapa yang dikehendakinya.
Barang siapa yang mempersekutukan ALLAH maka sungguh ia membuat dosa yang besar.
Surah an'nissa ayat 48.
Hari pembalasan untuk orang munafik, berfikiran bodoh, kolot dan berhati busuk, berkata sesuka hati, selalunya akan dibalas dengan TUNAI, tidak perlu menunggu hari AKHIRAT...walaupun tidak menerima balasan dari orang yang dihina...dicerca disegenap pelusuk dunia, tetapi ALLAH tu adil...pembalasan tetap dibalas.
Tetapi ada segelintir manusia tidak pernah terlintas untuk duduk bersendirian memikirkan kesalahan & kebodohan sendiri hingga satu waktu mendapat cacian yang lebih keji dari manusia lain....
Syukur Kehadrat illahi kerana Dia lebih tau segala2nya.
Petikan dari : )................
Tunggu sambunganya ...... Part 2

Tuesday, March 2, 2010

Jumpa Kawan Lama


Tengahari lepas makan, tetiba aku ternampak seseorang macam kenal, lalu aku terus menyapa rupa2nya ilaG sahabat baik aku masa sama2 di unit Sales dulu..rindu lama x jumpa. So amik kesempatan yg ada berborak2 tentang kerja, anak2 dan berita2 terkini.


Picture ni masa aku dan IlaG sangat rapat, apa masalah dikongsi bersama, kemana saja berdua. Picture ni diambil masa tu aku baru masuk ke alam rumahtangga manakala ilaG sudah pun mempunyai seorang Putera. Sekarang ilaG sudah ada 4 Putera. Aku mendoakan sahabatku ini mendapat seorang Puteri bagi menyerikan keluarga. Amin.....:)

Friday, February 12, 2010

Doaku Untuk Mu

Kongsi Bersama



Ya Allah ... Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ..... Ya Muhaimin ...

Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.

Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya Allah ... Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu..

Jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu. Ya Allah ... kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

Thursday, February 11, 2010

1st Besday MUHAMMAD AQIL DANIAL


Hari ini ( 11.2.2010 ) genaplah 1 Tahun umur Muhammad Aqil Danial. Syukur dan semoga panjang umur dan sihat selalu kepada anakku Aqil Danial.
Memandangkan hari sabtu ni aku dan keluarga merancang balik ke Kg, jadi aku x sambut Besday Boy disini. Tunggu la pictures menarik nanti...

Aku bercadang nk buat Besday Boy kt Kg aje. Sekarang ni pn Aqil dah pandai jalan, memang kerjanya jaaaalan je..dan tolong aku mengemas.

Dah lama sgt aku x men-updatekn blog aku ni..xde apa yg nk dituliskn utk berkongsi bersama.
so tunggu la pictures nya nanti...

sowi laa...masa kt kg aritu..terlupa bawa balik kamera..ada pun video cam je....

Monday, November 2, 2009

Tengok Baby Nissa

Hari jumaat 30hb Oktober pergi tengok Baby Boy Nissa....kalau tak silap namanya
Muhammad Rafique Naufal
Lahir pada hari rabu 28hb Oktober 2009. Malas nak citer panjang2..jom layan gambar aje le.