Monday, May 31, 2010

Aksi Tepung Gomak Si Manja...Tempat ke2

Saje nak citer..sowi la baru nk update..Contest Aksi Tepung Gomak Si Manja yang aku join dulu...
dah rezeki Adam agaknya dapat tempat ke 2...terima kasih pada Fantaghirolynn..

Jadi tunggu ajelah ya...apa yang akan sampai nanti....klik sini untuk ke Contest tu..

jeng jejeng...so ni la hadiah nya...terima kasih sekali lagi pada Fantaghirolynn ( Azlynn )
baru tadi terima...wangi sangat...nanti akan ku letakkn dalam kereta...


10Q

Wednesday, May 26, 2010

Mari Berkongsi Ilmu....Lagi dan Lagi...

Boleh ke aku nak bubuh tajuk cam gitu...suka hati la ya...



LARANGAN DALAM ISLAM UTK KESELAMATAN KITA..

yang penting aku nak berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama..dan...ada diantaranya memang terjadi pada kita yang berkeluarga ni...terlalu banyak perkataan JANGAN. Memang dari dulu hingga sekarang..dari tok nenek..mak..bapak...memang selalu la kita dengar..perkataan JANGAN tapi buat x endah je...jadi marilah kita sama2 melatih diri dan mengamalkannya....SEMOGA KITA SAMA2 MENDAPAT BERKAT DALAM KEHIDUPAN KITA...Aminnnn

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
( kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat )

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Sama2 Kita Amalkannya....

Cinta Dan Perkahwinan...

ewah...ewah..dah xde kerja ke ni...siap berjiwang2 lagi..
alah..saje nk release tension....dan bukan saje -saje nk jiwangggg

so layan je .....hidup ini bukan kekal diDunia....

Ketawa Dan Air Mata Itulah Ertinya Cinta dan Perkahwinan..

Yang Dibina Selama Bertahun - Tahun. Dimanakah Ertinya Sebuah Cinta Yang Sebenarnya..

Apabila Hari Merangkak Tua Rumah Kata Pergi Dan Kubur Kata Mari..

Namun Masih Terdapat Insan-insan Yang Belum Menginsafi Akan Tuntutan Illahi.

Apakah Sudah Cukup Ilmu Didada Sehingga Masih Ada Yang Membiarkan Isteri Terjerumus Kelembah Hina.

Bukan Untuk Menguris Hati Sesiapa. Sekadar Coretan Untuk Mengingati Diri Sendiri Dan Mati Itu Bila-bila Sahaja.

Ingatlah Cinta Akhirat Adalah Kekal Selama-lamanya Dan Cinta Dunia Hanyalah Sandaran Seketika Hayat Didunia Fana

...DouBle BirThDay GiveAway by LieSsa...

...DouBle BirThDay GiveAway by LieSsa...


baru nak cuba nasib..x sempat2 nk join... must try my luck!!! Mrs Liessa... mase nak cabut undi tu sebut2 la nama akak tau..ahaks.. sape2 nk join giveaway jom last date 31st May 2010.. klik

good luck...
MAMA Amer...Aliesa...Adam...Aqeel

Thursday, May 20, 2010

Kongsi Ilmu...:)

Lama aku x terjah blog aku ni...aku xde citer nak dimasukkan dlm n3 kali ni..saje nak kongsi ilmu je..
untuk sesiapa yang bergelar isteri atau bakal isteri ...

8C Sebab Suami Benci Isteri

C1. CABAR


Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…



C2. CABUL



Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…



C3. CELUPAR



Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.



C4. COMOT



Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.



C5. CEMBURU



Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…



C6. CEREWET



Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.



C7. CINCAI



Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….



C8 CUAI



Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu AKA Mama

Ahad 9hb May 2010 adalah hari ibu.....Selamat hari ibu...I Love U Mama..itulah kata2 yang terkeluar dari mulut Aiman Adam 5 tahun..satu2nya anak mama yang ingat pada mama semalam....siap bagi kad yang dilukis kat sekolah..tapi hari ni aku lupa bawa kamera..nk tempek dalam n3 kali ni...

xpa la..later2 la aku masukkan kat sini...
k...

...BABY WITH SOOTHER/FEEDING BOTTLE CONTEST...

Salam ...aqeel nak join contest lagi la...anjuran Auntie Nai...kalau nak join sila klik SINI

sekarang aqeel minum susu kat botol..lepas tu..pusing2 gigit2 puting tu..
tengok la sampai juling2 bijik mata hahaha...hehe...jom tgk pice



ni la aqeel
v
v

minum susu dengan botol..mase ni..aqeel setahun...

masa ni aqeel 2 bulan 2 minggu ..masa dalam keta untuk perjalanan yang jauh..tu dulu2 la..sekarang ni x lagi..hisap puting pun kejap je..sememangnya aqeel x suka sangat,...hahaha


Nama : Muhammad Aqil Danial Mohd Noorsalam
DOB : 11 Februari 2009


nak tag...sapa lagi ekk..dah hbs da kawan mama
makcik Ita..hehehe

semoga auntie sudi2 la jenguk ya...

Saturday, May 8, 2010

TM Award Night

Jumaat malam minggu lepas Dinner TM Award Night pada 7hb ......last week aku dapat jemputan untuk Dinner TM Award Night di SACC..

so kali ni aku memberi laluan pada diri sendiri untuk meluangkan masa bersama2 pada malam tersebut..kalau xde jemputan mungkin x pergi kot..
Tema untuk Dinner kali ni adalah James Bond...

aku pakai dress labuh warna merah...biasa je la...
Artis jemputannya adalah Misha Omar...orang kampung aku la..
MC nya adalah Adflin Shauki..
best...xla boring...

Kali pertama juga aku tinggalkan si kecik dengan babahnya...alah bukan selalu ......pujuk hati
sampai2 rumah kul 1 pagi daa...
tengok anak semua dah tido..kesian tgok Aqeel...babahnya citer..kejap2 masuk bilik....dah mase nak tido agaknya..tp bila tgok mamanya xde...keluar...pastu masuk balik semula..huhuhu
alih2 tido kat depan tv....


nanti aku tempekkan gambar ya...x berkesempatan la..

so ..
layan  je pictures kat bawah ni ya..
v
v
v


ni la izza....aku pergi SACC dengan dia la...


aziah / en ahmad....... aku / en ahmad...

layan je....

aziah dapat best dress saguhati..voucher makan kat SACC je..

 
bergambar tuk kenangan.....

alisa.... izza...emy



wani...kris..aku...izza..

 




mase ni dah hbs..
nasi beriani + lauk pauk..sedap gak la..

ni aku.....

Friday, May 7, 2010

Contest Tidur Paling Comel

n3 kali ni try join Contest Tidur Paling Comel anjuran InfantiaHouse sapa yg nak join boleh klik disini





jadi ni gambar yang dipertaruhkan..tdo pada masa yang sama tapi lain2 gaya.
harap pihak penganjur dapat belek2 gambar ni.. 


nak citer sikit...masa ni aqil tengah tgok2 tv citer yg dia suka sangat..upin & ipin...tgok tv tergolek2 pastu tertido...snap2 pictures..pastu angkat aqeel letak kat bilik...apa lagi snap lagi pic..tu la hasilnya..

Nama : Muhammad Aqil Danial Mohd Noorsalam
Umur Masa ni 14 bulan ( 1 tahun 2 bulan )
Tarikh Lahir : 11 Februari 2010
Warna Kegemaran : Merah & Biru ( mama yg pilihkan  ..ahaks )

good luck AD..