Wednesday, May 27, 2009

Syaitan Dalam Bilik

Salam Hormat, Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian belakang (dapur).

Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas. Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik ?. Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung.

Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil, berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil, cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri. Isteri juga sama.

Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh, di sebelah katilnya sudah ada bilik air. Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat.

Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik. Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah.

'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini, orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur!

SENTIASA LAH TUTUP PINTU BILIK AIR ANDA… (dalam am erti kata lain agar syaitan2 tu tak berkeliaran dalam bilik tidur anda)……. ¦. Itu adalah yang terbaik…

Thursday, May 21, 2009

Hari Minggu

Seblum nak mulakan kemas rumah dan masak mesti tidokan Aqil dulu..

Masukkan dlm buai bukan ape..kalau dibiarkan kt bawah nanti Hero Kg Pisang tu angkat2 adik dia
Sedapnya tido....lena gitu

Masuk Kerja ...

Masa ni lepas balik kerja..rindu sgt ngan Aqil. Maklumla hari pertama kena tinggal

Hero Zombi Kg Pisang...hari2 dok tgok citer Zombi Kg Pisang. Tgah jaga adik la konon tu.........

Aqil 2 bulan..........

Wah...renungan antara Along & adiknya..mcm x jumpa seminggu

Dah waktu tido...tapi dia sempat nak main2 lagi..penatla mama mcm ni, esok mama nak kerja lg

Konvo Aliesa & Adam

Pertunjukan pertama dimulakn oleh Aiman Adam & pasangannya Atia

Nasib baik Adam kena pakai baju melayu...baju raya. Klu x terpaksa la beli..

Ini plak Aliesa ( kat tengah tu ..) tengah menyanyi...masuk bahagian tarian

Wednesday, May 20, 2009

HADIAH UNTUK AQIL

Hadiah untuk New Born

sebagian dari hadiah yg dpt... yg finance bagi ada gak..tp dalam kamera satu lg..tima kacih semua.
Haa..ini lah dari Kak Nab Nasi Kandar Komplek C kat Pj yang popular tu..

ini plak dari Cah kedai Syaiful Tomyam kawan baik Kak Nab

ini plak hadiah dari jiran2 & unit PD


HARI IBU

Pada hari ibu yang lepas..anak aku wish kat aku Selamat hari Ibu..terasa diri aku dihargai oleh anak2 aku..inilah hadiah yg Along & Kakak bagi..




yg bunga biru drpd Along
yg ada tulisan tu drpd Kakak...cantikan..

HARIJADI ADAM KE 4 TAHUN

Pada 21.2.2009 genaplah umur Adam yang ke 4. Dah besar dah anak bujang aku....
inilah kek h/jadi Adam yang disambut ketika aku dalam pantang..baru je 10 hari
















MUHAMMAD AQIL DANIAL

Inilah cahyamata aku yg ke4...yg lahir pd 11 februari 2009. Rindu rasanya nk update blog sendiri ni..tp nak wat camne aku xde camera


Mase ni..agaknya silau dengan cahaya kamera. Tu yang cam terkezut muka nya..ala ala ciannyer dia.

10hb Februari dah kena tahan kat spital PPUM ...Setelah 1 hari 1 malam menunggu..dipaksa2 pun x mau juga bersalin. Agaknya blum sampai waktu dia nak tengok alam maya...tapi tunggu punya tunggu lahirla Aqil ni tepat jam 4.16 pg 11hb Februari 2009. Dah masuk Maqrib jururawat bgtau boleh balik....ialah BB dah kencing & berak. Sukanyer boleh balik ... :p